Blogger Backgrounds

Wednesday 29 June 2011

~gigi :-)


artikel dicopy dpd umisofie.  mohon halalkan sy share kat cni yer...

Mengajar anak memberus gigi adalah sangat penting. Tentu ramai yang mempunyai masalah yang anak mereka tidak suka memberus gigi atau tidak mahu diberus giginya oleh anda. Bagaimana anda mahu memupuk sikap suka memberus gigi dikalangan anak anda? Bagaimana cara memberus gigi anak anda?

Bayi

Kunci utama untuk memupuk tabiat suka memberus gigi adalah memulakannya dari AWAL. Paling bagus jika anda memulakannya beberapa hari selepas lahir. Selepas bayi anda menyusu, lapkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dengan kain lembab. Ini bertujuan untuk :
1. Membersihkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dari plak yang terbentuk
2. Membiasakan anak anda merasa ada jari atau sesuatu di dalam mulutnya supaya anak anda tidak akan berasa tidak selesa atau takut apabila anda mahu menggosokkan giginya kelak

Selepas 6 bulan

Gigi pertama bayi anda biasanya akan tumbuh apabila umur bayi anda sekitar 6 bulan. Biasanya gigi bawah di bahagian hadapan akan tumbuh. Ada yang tumbuh awal dan ada juga yang tumbuh lambat jadi jangan risau sekiranya hal ini terjadi. Selepas gigi pertama tumbuh, anda boleh membeli berus gigi bayi. Terdapat bermacam-macam berus gigi bayi di pasaran. Ada yang boleh disarungkan pada jari dan ada yang berbentuk seperti berus gigi biasa. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana sesuai untuk bayi anda. Pastikan berus gigi itu cukup kecil dan mempunyai berus yang lembut.

Saya lagi suka menggunakan berus gigi yang boleh disarungkan pada jari untuk permulaan kerana kita boleh mengagak berapa dalam kita memberus dan apa yang kita berus. Selepas bayi mempunyai lebih banyak gigi, dan anda telah biasa memberus gigi anak anda, anda boleh bertukar kepada berus gigi yang berbatang.

Ubat gigi

Tidak perlu menggunakan ubat gigi bila memberus gigi anak anda yang berusia di bawah 18 bulan. Anda boleh menggunakan ubat gigi berflorida selepas anak anda berusia 2 tahun ( apabila anak anda sudah tau berludah). Sekiranya anak anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies ( gigi berlubang), anda disarankan untuk menggunakan ubat gigi berflorida tetapi pastikan anda hanya meletakkan jumlah yang kecil sahaja ( sebesar kacang pis) di atas berus gigi . Ini adalah kerana, jika anak anda berusia kurang dari 6 tahun dan menelan ubat gigi berflorida dalam jumlah yang banyak, gigi kekal anak anda akan mendapat fluorosis ( tompok-tompok putih – kecoklatan). Ada juga ubat gigi tanpa florida untuk kanak-kanak dan sekiranya anak anda tidak mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies maka ubat gigi tanpa florida amat sesuai untuk digunakan.

Cara memberus gigi anak anda

Berus gigi anak anda 2 kali sehari, pagi dan juga malam sebelum tidur.

1. Posisi paling bagus untuk anda berdiri ialah di belakang atau tepi anak anda dan memegang rahang bawah anak anda dengan lembut.
2. Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana bahagian ini digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat senang mendapat karies. Kemudian, teruskan dengan bahagian permukaan tepi gigi dan juga bahagian sebelah dalam gigi belakang.
3. Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar dan dalam gigi.
4. Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.
5. Luangkan masa dalam 3 minit untuk memberus gigi anak anda. Nyanyikan lagu semasa memberus supaya apabila habis lagu dalam masa 3 minit, maka pemberusan gigi pun habis.
5. Suruh anak anda berkumur dan ludahkan semuanya. Jangan risau sekiranya anak anda tertelan sedikit ubat gigi yang mempunyai kandungan florida rendah. Jika anak anda selalu menelan ubat gigi, gunakan ubat gigi tanpa florida.
6. Jangan lupa memuji anak anda kerana telah memberus gigi.

Apa perlu buat jika anak tidak mau memberus gigi

Ada kanak-kanak yang tidak suka anda menggosok gigi mereka. Mereka mahu membuatnya sendiri. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak akan menggosok gigi dengan betul kerana mereka masih tidak tahu menggunakan berus gigi dengan betul. Jadi, anda perlu memberus semula gigi anak anda selepas anak anda memberusnya. Anda juga boleh mencuba beberapa tip untuk menjadikan aktiviti memberus gigi disukai anak anda:

1. Pastikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang seronok dan bukannya satu tugas yang perlu dibuat oleh anak anda setiap hari
2. Biarkan anak anda memberus gigi anda, kemudian memberus giginya sendiri dan kemudian anda pula menyudahkan pemberusan gigi.
3. Biar dia memilih berus gigi dan ubat gigi kesukaannya
4. Nyanyikan lagu atau buatkan aktiviti gosok gigi seperti satu permainan
5. Bacakan buku mengenai gigi, pemberusan gigi dan juga doktor gigi
6. Jangan gunakan paksaan semasa memberus gigi anak anda, sekiranya anak anda tidak mahu memberus nasihatkan anak anda secara perlahan-lahan sehingga dia mahu memberus gigi

Jika anda jadikan gosok gigi ini seperti sesuatu yang menyeronokkan tentu anak anda sukakannya. Anak anda juga akan suka memberus gigi jika mereka melihat anda memberus gigi. Mulakan dari awal, supaya senang mendidik anak menggosok gigi kelak. Ingatlah bahawa gigi anak anda amat penting walaupun gigi itu akan diganti dengan gigi kekal kerana tanpa gigi, anak anda akan menghadapi masalah untuk makan dan boleh mengganggu tumbesaran mereka.


daa...


sape suke gosok gigi angkat tangan...ngeeee


notakaki: kredit utk kak fiza.

Tuesday 28 June 2011

~kerjaya

tajuk n3 cam beria sgt.. bkn pe, meh nak citer.. ptg semlm saya dapat memo.. saya ditukarkan dgn sorang lg member nih.. ala pertukaran dalaman jer.. kitorg satu bahagian cuma berlainan unit.. ermm 2 3 minggu nih mmg dh dgr tiupan angin sepoi2 pasal nih cuma tak sangka la secepat nih.. asalnyer saya terima berita nih dgn perasaan yg bercampur-baur.. bayangkan la setelah hampir 10 tahun atau lebih tepat lg 8 tahun 6 bln 2 hari saya buat kerja di unit ni.. mcm2 yg dh saya lalui.. bos bertukar silih ganti.. rakan sekerja pon termasuk yg sekarang nih dh 3 org, saya masih setia di sini hehe.. bkn ape, saya rasa selesa di sini.. pernah jgk terlintas di fikiran nak minta pertukaran dalaman ataupun keluar terus dpd kementerian ni (i keje gomen k huhu), tp semangatnya suam2 kuku sikit je dr t*** ayam haha.. dah draf surat pertukaran pastu peram jer.. tak antor2.. camner hehe.. ape2 pun saya kena positifkan diri sendiri.. anggap ini sebagai cabaran dlm kehidupan walaupun kerani cam saya nih xde la besar manapun cabaran kerjayanya berbanding pegawai atasan tu haaa..tp kerja tetap satu amanah kan.. saya akan cuba utk berkhidmat sebaik yg mungkin chewah haha.. ermm tiba2 mood utk mengarang lebih panjang telah berterbangan entah ke mana.. sekian dulu la yer.. lain kali saya mencoret lg.. insyaAllah.. daa

workstation yg konon2 nampak bz

notakaki: setiap langkah perjalanan ini bermula dgn langkahan yg pertama dan yg pasti langkah terakhir akan berakhir setelah terhenti nafas di dunia ini, namun itu lah permulaan langkah utk perjalanan hidup yg abadi bertemu Ilahi..(muhasabah diri sendiri)

Monday 27 June 2011

~Moh's family day :-)

jgn konpius baca tajuk key.. ekceli Moh is my FIL.. bukan nak ajak kome sume g join flmy day yer hehe.. tanggal 11 Jun 2011 yg lepas fmly besaaar kitorg wat la fmly day (bape byk kali nak ulang word flmy daa) kat A Famosa Resort (kot.. igt2 lupe la mananyer) ala yg dekat ngan safari, bandar koboi tu.. sewa banglo sebijik RM500 per night.. klu nak bbq + RM50 lg.. bagi saya harga tu amat la berbaloi2 klu fmly kita ni besarrrrr punyer haha.. kitorg collect Rm120 jer tiap fmly,adik2 yg bujang lg 2 org tu Rm70 je sorg.. termasuk makan n minum hehe.. berbaloi2.. 4 bilik tidur, 2 bilik air, dapur agk lengkap ngan segala jenis kelengkapan dapur (kitorg siap dpt 2 lesung batu haha).. yg paling best ada swimming pool yeyeaa.. tambah best lg pool tu kat bahagian belakang banglo tu so slmt ckit la dr pandangan anasir2 yg tak sepatutnya ahaksss..

sebenarnya fmly chietham (kami anak beranak la tu haha) yg plg lewat sampai.. lbh krg kol 2 la.. check in sepatutnya kol 2 tp disebabkan masalah2 agak keteknikalan, lbh krg kol 3 lebih jgk la baru kira betul2 masuknye..tu pon umah tu x sempat nak dibersihkan sepenuhnya.. kitorg terima je la seadanya.. sampai2 jer mak2 bersilat di dapur sediakan lunch (kol bape dah..) menu: nasik putih, sup sayur, sambal sardin n telur dadar..pak2 lak setup PA system.. anak2?? msg2 bertenggek kat tepi kolam.. tak sabar2 nak terjun dah.. biasa la bebudak..


Dh siap makan2 sume, siap sedia  nak terjun kolam (pak2 n anak2 dah kecut berendam).. tp sblm tu kita wat game dulu la.. utk anak2, ada main rebut gula2, tiup belon pastu lenyekkan ngan montot sampai pecah, bwk bola pingpong lam sudu.. hayfa x join, dia bantai tdo..atok tlg tgk2kan.. mentang2 ada ekon, kat umah dia ada kipas jer huhu.. ala, klu join pon satu hape tak reti main.. utk mak pak plk, game tiup belon sampai pecah (ni pak2 jer, mak2 tak sanggup haha), pastu main passing belon yg dah bubuh air sesama couple.. sambil2 tu sumbangan lagu oleh sesape jer yg sanggup menyumbangkan suara yg sumbang haha..


siap main game, baru hayfa bangun. bertuah tol anak tu kan.. tau mama n papa die nak enjoy jap, dia kasi cannn hehe.. tgk sume sepupu sepapat dhterjun kolam, hayfa pon tak nak la ketinggalan.. igtkan dia takut main air sbb mmg tak pernah bwk dia mandi kolam pon.. tp... dah turun taknak naik plk.. aduhh.. kita lak risau.. dia bkn main seronok.. layankan je la..


mlm lak bbq.. menu: ayam, sosej n jagung.. mkn ngan nasik putih n sup sayur ptg td hehe.. + bihun putih.. sedapppppp tak hengat.. makan ramai2 lg tak hengat ape.. seb baik pak2 igt nak tgk final Piala FA Ganu vs Klate.. semua sokong ganu.. sian kak beyla n kak yani (my biras.. deme ore klate huhu).. tp diorg tak kesah pon.. 1m'sia kan.. result: GANU 2, KLATE 1..


ermm esoknye lak (ahad 12.06.11), takde ape2 aktiviti yg khusus.. masing2 santai je merehatkan tubuh bdn.. rehat tak rehat jgk la.. semua terjun kolam.. nenek (my mil) pon tak ketinggalan huhu.. ye la.. bkn selalu dpt peluang camni kan.. jap lg nak blk dah.. sblm blk wajib la mkn2 dulu kan.. menu: nasik putih, sambal ikan bilis n ayam goreng.. ehh luper lak menu bfast pg tu: (asalnyer nak wat nasik lemak, tp cancel) nasik goreng cina pedas org tua punyer, tak pedas anak2 punye, naget n roti gardenia haha.. + teh tarik.. nyam2.. ermm dah kecut2 berendam, kemas2... balik umah.. lbh krg kol 3 kitorg pon bergerak balik ke destinasi msg2.. kete agk byk kat highway.. kitorg ikut jln lama (lekas kot).. sampai umah kul 5 lbh ckit.. ushhh penat ya amat.. tiga2 pengsan.. tdo tak hengat sampai dkt mahgrib haha..

panjang lak karangan daku kali nih yer hehe.. layan je la pics ni yer.. daa

harus la ada baju tema.. jambu huhu

anak2 main air x hengat makan minum dh..

dh kesejukan tp xnak naik lg..

sonok main air

hayfa nk t'lelap dh time nih hehe

front view banglo kitorg






 
nak blk dh.. tp syg 1/2 ahli kuarge x de dlm gmbo..
notakaki: hepi sesangat dpt kumpul ramai2

Thursday 23 June 2011

~4th projek...

tetiba jer dah 4th.. maner yg 1st, 2nd & 3rd nyer hehe.. tu x snap lg la.. nti la lain kali yerk.. setelah berhempas pulas, inilah hasilnya :-)

depan

belakang

dibikin khas utk Tg. Alya Arissa sempena her 1st bday on 7th may ari tu.. fabric dpd lovemelots.hepi bday arissa.. moga jd ank yg membahagiakan umi dan abah.. acik harap arissa sudi memperagakan dress yg tak seberapa kemas hasil kerastangan acikyah nih huhu

ermm yg nih kamingsun raya punyer projek.. harap2 menjadi la yer..

bkn alphabet tu yer

ni ha.. english cotton beli kat nilai 3 ngan nilai rm15/m
niatnyer nak wat baju raya hayfa.. kain nih best.. sejuk jer biler pakai.. ermm daku n abg nyer baju raya camno lak huhu.. (pon next projek)

notakaki: selamat hari ibu utk semua ibu, mak, mama, mommy, ummi dan ape saje panggilan utk wanita yg bergekar ibu (dah agak basi tp nak wish gak) we r always de best mom in de world ahakss
mama syg hayfa...

~corat coret~

ermm... nak mulakan camne yer..sebenarnyer takde idea nak mencoret di sini tp kebosanan yg dirasai telah mencapai tahap maksima (ayat cam wat karangan skolah dolu2 jer huhu).. dok mengadap pc jer dr pg td tp satu ape keje pon x buat (bos x bagi keje pon huhu).. mgkin jgk skrg ni musim ujan (sepatutnya musim panas kot) so, mood pon same kehujanan haha ayat ape ntah.. bestnyer klu bleh balik umah jer.. sambil2 tu leh gak sambung projek jahitanku yg terbengkalai adehhh.. semangat berkobar2 nak menjahit tp kekangan masa yg membataskan segalanya huhu

tuan puteri lak tak berapa nak sehat.. ari isnin ritu dh EL, pg td pon masuk lewat, bwk hayfa g klinik.. lagaknyer cam sehat jer sebok kulu kilir terkedek2 haha.. camtu la bdk baru dpt kaki.. agaknyer kita dulu2 pon camtu jgk kot erhh hehe.. ermm anak member kat opis ni pon x sehat gak.. skrg nih cuaca tak menentu.. pg ujan, tghari panas terik, ptg ujan balik.. sana sini mama2, ibu2, umi2, mak2 duk berkongsi cerita ketidaksehatan anak masing2.. ermm moga hayfa n anak2 sesape jer yg kurang sehat tu cepat sembuh yerr..

ape lg nak bebel kat cni erkk.. sekian dulu kot.. dah ade idea kang daku wat entry lain lak yer.. daaa

notakaki: rindu sama ini org..hik2


hayfa tayang gigi

~update...

salam siaran sumer...

hushhhh berhabuk, berdebu, bersawang dan yg seangkatan dengannye.. lama dh tak update blog daku nih.. byk citer sebenarnya tp cik idea tak muncul2 nak karang ayat huhu...la ni pon idea nak terbang ke mana ntah.. nak kene kejar balik nih hehe..ermmm nak start mengejar dah nih huhu..k, daa dulu la yer..

anak ini semakin bijak n panjang akalnyer

notakaki: cuba mencuri masa nak layan craft felt huhu