Blogger Backgrounds

Friday, 2 December 2011

~cerita pasal rumah

Dengan nama Allah...

Salam Jumaat, penghulu di antara tujuh hari... makanya bagi yg makan gaji ngan gomen macam saya ni sabtu dan ahad adalah hari yg amat dinanti. sebabnya saya tak perlu ke pejabat.. 2 hari yg sangat bermakna untuk dikongsikan bersama keluarga.. dalam masa 2 hari inilah kena kemas rumah yg dah seminggu bersepah.. nak basuh baju.. nak lipat kain baju.. nak sapu rumah.. nak mop rumah.. nak basuh toilet.. segala2nya mengenai rumah huhu walaupun saya hanya duduk rumah yg kerajaan bagi pinjam hihi..

bercerita mengenai rumah, saya memasang angan untuk memiliki rumah sendiri (plg tidak pun tumpang rumah en asben huhu).. klu boleh nak lukis pelan rumah sendiri.. walaupun masa SPM saya hanya dapat 8 utk subjek lukisan kejuruteraan haha dgn alasan tak minat subjek tu.. plus en. asben pon ada basic n klu tak salah result dia jauh lebih baik dari saya huhu.. alangkah bahagia nya klu angan2 ni tercapai.. masalah nyer, nak buat rumah sendiri (konon tak nak beli umah siap) opkos la kene ada tanah sendiri.. bab ni memang haru.. asal tau je ada tanah murah, maka en. asben n iparnya yakni my biras dgn bersemangat nya call, datang tengok bagai.. last2 terjual kat org lain yg lg cepat.. sian kan.. dlm 3 4 kali jgk la benda ni terjadi.. tp kami tak patah semangat.. akan dicuba lg di masa mendatang chaiyok.. org tua bising suruh buat rumah kat tanah diorang, yg kami ni sengih je la.. bukan tak sudi tapi seboleh2nya nak cari aset sendiri dulu.. saya target paling lama dalam tempoh 5 tahun akan datang kami akan duduk di rumah sendiri.. tapi en. asben cakap lama sangat.. cik abg oiii... agak2 la ngan keadaan kawangan semasa kita ni ha.. tapi lagi cepat capai sasaran lagi bagus kan... AMIN.. (psssttt.. abg, ayg nak 4 bilik, termasuk 1 bilik tamu especially utk fmly kita.. senang ckit nak berkampung huhu)

ermmm dah takde idea nak karang cerita lagi panjang lebar, harapnya apa yg diangankan akan menjadi kenyataan kerana dari anganan la insyaAllah akan menyusul perancangan...
till then, slmt berwiken semua..

tambah2 kesukaan klu buat rumah di kpg terchenta...(ini rumah sedara jauuuuhhhh ^__^)

Nota kaki: bersyukur dengan apa yg ada sekarang ini...
 

No comments:

Post a Comment